Friday, June 3, 2011

Custom ROMs

Custom ROMs

ROM asal/OEM (stock ROM) adalah versi sistem operasi telefon yang datang dengan telefon anda apabila anda membelinya.

Custom ROM adalah versi tersendiri sepenuhnya daripada OS, termasuk kernel (yang membuatkan segala-galanya berjalan), aplikasi, servis, dan sebagainya - semua yang anda perlukan untuk mengendalikan peranti, kecuali ia disesuaikan oleh seseorang dalam beberapa cara.

Jadi apakah " customized " yang dimaksudkan? Memandangkan Android adalah sumber terbuka,
pemaju (developers) bebas untuk mengambil ROM asal, mengubah mereka, bersihkan daripada “sampah”, mengoptimumkan mereka, menambah perkara, dan cukup banyak melakukan apa imaginasi dan kemahiran mereka membenarkan.


Kenapa Anda Ingin Custom ROM?

Frekuensi Kemaskini

Menggunakan Custom ROM biasanya dapat kemaskini yang lebih kerap yang membetulkan bug dan memperkenalkan ciri baru kerana pemaju di belakang ROM tidak mempunyai prosedur yang sama dan kerenah yang mana pengilang dan carrier ada.

Kemas kini kualiti berjaya dikeluarkan lebih cepat kerana ia tidak melibatkan birokrasi sebanyak 30 projek pengurus yang berlainan, 15 naib presiden, dan 5 dozen jabatan pemasaran. LOL..
Pemaju ROM biasanya mendapat komuniti setia yang menguji kemaskini beta dalam situasi kehidupan sebenar dan memberi maklum balas, atau memperbaiki bug - inilah keindahan perisian sumber terbuka.
Oh ya, ROM juga biasanya percuma dan disokong oleh sumbangan? Jika anda tidak mampu untuk membayar, anda tidak perlu.
Akhirnya, kebanyakan custom ROM di luar sana boleh dikemaskini melalui udara (Over The Air) dan tanpa memasang semula apa-apa.


Prestasi Yang Lebih Baik Dan Kecekapan

Custom ROM yang sering kali lebih laju, lebih cekap, dan menggunakan memori kurang kerana

pemaju itu mengeluarkan sampah tidak berguna, seperti aplikasi carrier yang siap dipasang atau pemaju mengoptimumkan kernel. Sebagai contoh, merendahkan voltan kernel yang boleh memberi jangka hayat bateri lebih baik daripada yang asal.


Menaik Taraf Kepada Versi Abdroid Yang Lebih Baik / Terbaru

Anda boleh menaik taraf kepada versi OS yang belum atau tidak akan dikeluarkan untuk peranti anda. Ini mungkin dalam 2 keadaan:

  • Satu versi bocor dari ROM yang baru muncul di internet.


  • ROM dari telefon lain telah diletakakn oleh developers untuk anda. Sebagai contoh, G1 dan MyTouch 3G pengguna tidak akan melihat Android 2.1 rasmi dikeluarkan pada telefon mereka, tetapi Cyanogen, salah satu developers Android yang paling dihormati, baru-baru ini dapat mewujudkan Custom ROM menggunakan versi 2.1 untuk peranti mereka.


Berkebolehan Untuk Memasang Apps Pada Kad SD

Custom ROM kini datang dengan keupayaan untuk memasang aplikasi ke kad SD, dipanggil Apps2SD (atau A2SD).

Ini kini tidak didapati di ROM asal, malah di Android 2.1 dan sepatutnya dalam senarai TODO Google.

Jika anda kehabisan ruang pada telefon anda, Apps2SD adalah ciri pembunuh yang perlu ada.


Kelemahan Custom ROM

Sudah tentu, terdapat bahaya menggunakan custom ROM yang anda perlu sedar.


Kesilapan Boleh Berlaku

Pertama sekali, kesilapan boleh berlaku ketika proses flashing (iaitu proses memasang ROM) dan menyebabkan telefon anda dalam keadaan bricked. Walaubagaimana pun risiko ini cukup rendah, dan kebanyakan masa anda boleh memulihkan kembali normal.

Pilih ROM yang telah diuji dan mempunyai banyak maklum balas positif.


Clean Wipe

Custom ROM mungkin mempunyai bug ... tetapi begitu juga stock ROM.

Walau bagaimanapun, jika anda mengesan bug, anda mempunyai saluran untuk melaporkannya - pos dalam forum ROM dan anda biasanya akan mendapat jawapan balik dan bugs anda diketahui developers tersebut.


Anda Boleh Membatalkan Jaminan Telefon Anda.

Mungkin custom rooting akan membatalkan jaminan anda kerana anda akan "memecahkan seal" pada bootloader dengan memasang yang custom dan pada sesetengah telefon ia tidak boleh dikembalikan kepada yang asal (ini termasuk Nexus One). Kerana itu, jika anda perlu menggunakan jaminan, pembuat mungkin dapat mengetahui bahawa telefon itu pernah dipasang custom ROM dan tidak mendapat jaminan.


Kini, dalam kebanyakan kes, faedah custom ROM melebihi kemungkinan jaminan yang menafikan anda. Saya cadangkan mendapat jaminan daripada syarikat carrier anda dan menggunakan bahawa dalam hal apa-apa yang buruk berlaku (biasanya jaminan tanpa syarat dan meliputi hal-hal seperti kerugian dan kerosakan fizikal).


Mendapatkan Custom ROM Yang Betul.

Telefon dan ROM yang baru akan keluar pada setiap masa, dan skop artikel ini tidak meliputi ROM individu - tetapi pendekatan umum untuk mencari adalah dengan meng”google"ROM MODEL_TELEFON_ANDA" atau sesuatu yang serupa. Cuba - anda akan temui apa yang anda mahu.

Jadi, adakah anda mendapati ia berguna atau terdapat apa-apa untuk ditambah? Sila kongsi komen-komen.

Thursday, June 2, 2011

ROM FAQ

Apa itu ROM/Firmware?

ROM ataupun Firmware adalah perisian yang mengendalikan telefon bimbit. Menyerupai Operating System pada komputer. Samsung Galaxy S sekarang didatangkan dengan perisian (firmware) Android 2.2.1 yang mana asalnya dilancarkan dengan perisian (firmware) Android 2.1 Eclair.

Bolehkah saya update firmware saya?

Ya, kebanyakan firmware boleh dikemaskini menggunakan perisian rasmi Samsung (Kies) dengan perisian yang baru dikeluarkan. Anda boleh menjumpai firmware yang dibuat oleh Samsung untuk telefon di seluruh dunia disini.

Kenapa saya mendapat 3 versi berlainan bila mendail *#1234#

Firmware Galaxy S datang dalam 3 bahagian (kadangkala pakej didalam 1 fail).

The CODE (dipanggil PDA). Ini adalah android dan semua aplikasi yang datang dengan ia. (arkib/folder akan dinamakan dengan versi fail ini).

The MODEM (dipanggil Phone). Ini adalah perisian untuk wireless chipset yang akan menjalankan operasi WiFi, Bluetooth, 2G/3G/GSM connection (i.e Radio ROM).

The CSC ( singkatan kepada Customer Specific Customization). Ini termasuk sambungan data untuk rangkaian jalur lebar serta aplikasi yang hanya terdapat dalam bahasa tertentu / dimasukkan untuk tempat tertentu.

Oleh sebab kesemua ini tidak memerlukan update secara serentak, versi CSC dan MODEM selalunya lebih rendah.


Bolehkah saya mencampurkan PDA/MODEM/CSC fail daripada Firmware berlainan tanpa merosakkan telefon saya?

Ya boleh, kebanyakan fail Modem/CSC boleh digunakan untuk apa-apa PDA. Tetapi, mungkin ada masalah keserasian yang akan menyebabkan anda perlu reflash semula telefon tersebut.


Telefon saya tertulis versi perisian I9000XXJF3/XXJF5/xxxxx. Apakah makna ini?

Dua huruf pertama mewakili negara manakala huruf ketiga merujuk kepada tahun. Huruf ke-empat pula menunjukkan bulan dan huruf/angka terakhir merujuk kepada versi firmware itu sendiri (daripada bulan yang spesifik. Nombor dimulakan dengan 1-9 dan menggunakan huruf A-Z).

I9000DXJF3

DX = Malaysia

J = 2010

F= Julai

5 = Versi

Contoh apabila anda mendail *#1234#

Saya ingin install firmware yang baru tetapi saya ingin backup original firmware untuk kembali semula jika perlu atas sebab-sebab warranty. Bolehkah saya lakukan dan bagaimana?

Sehingga kini, tidak ada cara untuk membuat backup sepenuhnya. Walau bagaimanapun, terdapat firmwares keluar bagi setiap region dan hampir semua region telah menerima menaik taraf 2.2 atau 2.2.1 yang boleh masukkan melalui Kies atau Odin.


Boleh saya flash European ROM kedalam Asian device atau sebaliknya?

Flashing sepatutnya akan berjaya tanpa sebarang masalah. Tiada isu-isu keserasian diketahui pada masa ini. Jika ada masalah timbul, flash kembali ke firmware Asia.
Semak ROM semasa anda dengan mendail * # 1234 # untuk memastikan anda tidak mempunyai varian telefon Korea (yang mana TIDAK serasi!)


Apakah fail. Pit? Mengapa ada pelbagai versi?

Kini terdapat tiga versi yang berbeza fail. Pit. 513.pit, 512.pit dan 803.pit. 513.pit hanya berfungsi untuk firmware awal dan tidak boleh digunakan lagi. Fail 512.pit digunakan untuk semua Android 2.1 Eclair firmware dan Android 2.2 Froyo firmware sehingga dan termasuk firmware yang I9000XXJP3. Terdapat beberapa versi beta Froyo yang memerlukan fail 803.pit untuk berfungsi dengan sempurna, bagaimanapun, 2.2 dan 2.2.1 firmware yang rasmi menggunakan fail 512.pit.

Fail .Pit memetakan partition pada penyimpanan NAND. Kod itu telah dicrack oleh Dev Cyanogen yang bekerja untuk SGS dan ia ketara akan mempercepatkan kerja-kerja pada fully featured Gingerbread ports.


Saya flash firmware baru menggunakan Odin (atau Kies) dan sekarang telefon saya bertindak aneh (Force close etc)? Setting saya juga masih ada.

Sesetengah firmware boleh diflash menggunakan Odin dan sesetengah menggunakan Kies, ia tidak menyentuh setting anda dan tidak mengosongkan cache anda dan bahagian AppData. Sebagai keputusan, ada data ada dari firmware sebelumnya yang boleh membawa kepada komplikasi. Lebih-lebih lagi, jika firmware sebelumnya anda adalah berdasarkan versi android yang berlainan (iaitu flash dari XWJM6 (android 2.1) untuk XXJPC (android 2.2)). Untuk menyelesaikan ini, anda perlu melakukan semula factory reset.

Sekian Terima Kasih. Post setereusnya akan menerangkan mengenai Custom ROM

Wednesday, June 1, 2011

Tutorial Cara Root Android Menggunakan SuperOneClick

Fungsi root Android adalah untuk memberikan akses penuh ke file sistem Android, jika pada Windows, root hampir sama seperti fungsi administrator.

Developer sistem operasi Android sengaja membatasi akses ke sistem fail Android untuk keselamatan pengguna agar tidak (secara sengaja atau tidak) merosakkan sistem, misalnya akibat tidak sengaja ter”delete” file penting yang berguna untuk menjalankan sistem operasi secara keseluruhan atau akibat aplikasi pihak ketiga. Jadi setelah meng”root” android anda boleh mengubah kesemua system.

Amaran! Root handphone Android menyebabkan warranty handphone anda terbatal, kesalahan terjadi pada saat proses root yang menyebabkan handphone brick atau mati. (tidak selalu terjadi, dan boleh repair dengan reflash atau menggunakan usb JIG).

Ok, di bawah ni saya akan menerangkan cara-cara untuk meng”root” android anda! (saya menggunakan HP SGS GT-i9000 sebagai contoh memandangkan saya hanya mempunyai HP ini).

Prosedur ini telah dicuba untuk 2.1(Eclair), 2.2 (froyo) dan 2.3 (Gingerbread). Sesetengah SGS yang menggunakan stock ROM 2.2 mungkin mengalami masalah menggunakan proses ini. Jika berlaku saya nasihatkan update menggunakan Kies dan kemudian barulah Root.

Method (SuperOneClick)

1. Terlebih dahulu anda perlu men”download” driver HP anda (biasanya terdapat dalam kotak HP dalam bentuk CD) untuk HP Samsung Galaxy S GT-I9000 boleh download Kies dan install.
2. Kemudian download SuperOneClick disini.
3. Untuk pengguna Windows XP, Download .Net Framework 2.0 atau keatas. Kalau anda menggunakan Windows Vista atau 7 tidak perlu kerana sudah ter”install”.
4. Pastikan bateri HP anda 50% keatas. Buka SIM kad dan memori kad untuk keselamata walaupun proses root sebenarnya tidak mengganggu data di dalam SIM atau memori kad.
5. Aktifkan mod debugging. Setting > Application > Development > tick pada USB debugging.



6. Sambungkan HP anda kepada PC menggunakan USB dan tunggu sehingga PC anda detect kehadiran HP anda.
7. Padam Kies jika Kies running.
8. Ekstrak file SuperOneClick yang telah di”download” tadi menggunakan Winrar, Winzip, 7-Zip atau sebagainya.
9. Buka SuperOneClick.exe. Pengguna Windows 7 atau Vista perlu membuka dengan klik kanan dan “Run as administrator”,
10. Klik Root dan tunggu sehingga selesai. Setelah selesai akan keluar command “Root files have been installed! Would you run a test?”. Bolehlah klik Yes atau No. Saya juga rekemen anda untuk klik "Allow Non Market Apps (require root)" bagi membolehkan anda memasukkan aplikasi non-market.


*Klik image untuk lebih jelas*

11. Proses telah selesai dan anda boleh reboot HP anda.

Untuk mengesahkan sama ada HP anda telah di”root”, cuba cari aplikasi Superuser.



Kalau tiada cuba restart semula. Aplikasi ini yang mengawal aplikasi yang memerlukan akses root. Anda boleh memuat turun aplikasi yang memerlukan root akses seperti Titanium Backup untuk mencuba proses anda berjaya atau tidak.

Ini vid panduan yang dibuat oleh TotallyDubbed



Selamat mencuba!

P/S : Sorry pasal bahasa yang aku guna bercampur baur mcm rojak..hahaha!