Wednesday, June 1, 2011

Tutorial Cara Root Android Menggunakan SuperOneClick

Fungsi root Android adalah untuk memberikan akses penuh ke file sistem Android, jika pada Windows, root hampir sama seperti fungsi administrator.

Developer sistem operasi Android sengaja membatasi akses ke sistem fail Android untuk keselamatan pengguna agar tidak (secara sengaja atau tidak) merosakkan sistem, misalnya akibat tidak sengaja ter”delete” file penting yang berguna untuk menjalankan sistem operasi secara keseluruhan atau akibat aplikasi pihak ketiga. Jadi setelah meng”root” android anda boleh mengubah kesemua system.

Amaran! Root handphone Android menyebabkan warranty handphone anda terbatal, kesalahan terjadi pada saat proses root yang menyebabkan handphone brick atau mati. (tidak selalu terjadi, dan boleh repair dengan reflash atau menggunakan usb JIG).

Ok, di bawah ni saya akan menerangkan cara-cara untuk meng”root” android anda! (saya menggunakan HP SGS GT-i9000 sebagai contoh memandangkan saya hanya mempunyai HP ini).

Prosedur ini telah dicuba untuk 2.1(Eclair), 2.2 (froyo) dan 2.3 (Gingerbread). Sesetengah SGS yang menggunakan stock ROM 2.2 mungkin mengalami masalah menggunakan proses ini. Jika berlaku saya nasihatkan update menggunakan Kies dan kemudian barulah Root.

Method (SuperOneClick)

1. Terlebih dahulu anda perlu men”download” driver HP anda (biasanya terdapat dalam kotak HP dalam bentuk CD) untuk HP Samsung Galaxy S GT-I9000 boleh download Kies dan install.
2. Kemudian download SuperOneClick disini.
3. Untuk pengguna Windows XP, Download .Net Framework 2.0 atau keatas. Kalau anda menggunakan Windows Vista atau 7 tidak perlu kerana sudah ter”install”.
4. Pastikan bateri HP anda 50% keatas. Buka SIM kad dan memori kad untuk keselamata walaupun proses root sebenarnya tidak mengganggu data di dalam SIM atau memori kad.
5. Aktifkan mod debugging. Setting > Application > Development > tick pada USB debugging.



6. Sambungkan HP anda kepada PC menggunakan USB dan tunggu sehingga PC anda detect kehadiran HP anda.
7. Padam Kies jika Kies running.
8. Ekstrak file SuperOneClick yang telah di”download” tadi menggunakan Winrar, Winzip, 7-Zip atau sebagainya.
9. Buka SuperOneClick.exe. Pengguna Windows 7 atau Vista perlu membuka dengan klik kanan dan “Run as administrator”,
10. Klik Root dan tunggu sehingga selesai. Setelah selesai akan keluar command “Root files have been installed! Would you run a test?”. Bolehlah klik Yes atau No. Saya juga rekemen anda untuk klik "Allow Non Market Apps (require root)" bagi membolehkan anda memasukkan aplikasi non-market.


*Klik image untuk lebih jelas*

11. Proses telah selesai dan anda boleh reboot HP anda.

Untuk mengesahkan sama ada HP anda telah di”root”, cuba cari aplikasi Superuser.



Kalau tiada cuba restart semula. Aplikasi ini yang mengawal aplikasi yang memerlukan akses root. Anda boleh memuat turun aplikasi yang memerlukan root akses seperti Titanium Backup untuk mencuba proses anda berjaya atau tidak.

Ini vid panduan yang dibuat oleh TotallyDubbed



Selamat mencuba!

P/S : Sorry pasal bahasa yang aku guna bercampur baur mcm rojak..hahaha!

No comments: