Thursday, June 2, 2011

ROM FAQ

Apa itu ROM/Firmware?

ROM ataupun Firmware adalah perisian yang mengendalikan telefon bimbit. Menyerupai Operating System pada komputer. Samsung Galaxy S sekarang didatangkan dengan perisian (firmware) Android 2.2.1 yang mana asalnya dilancarkan dengan perisian (firmware) Android 2.1 Eclair.

Bolehkah saya update firmware saya?

Ya, kebanyakan firmware boleh dikemaskini menggunakan perisian rasmi Samsung (Kies) dengan perisian yang baru dikeluarkan. Anda boleh menjumpai firmware yang dibuat oleh Samsung untuk telefon di seluruh dunia disini.

Kenapa saya mendapat 3 versi berlainan bila mendail *#1234#

Firmware Galaxy S datang dalam 3 bahagian (kadangkala pakej didalam 1 fail).

The CODE (dipanggil PDA). Ini adalah android dan semua aplikasi yang datang dengan ia. (arkib/folder akan dinamakan dengan versi fail ini).

The MODEM (dipanggil Phone). Ini adalah perisian untuk wireless chipset yang akan menjalankan operasi WiFi, Bluetooth, 2G/3G/GSM connection (i.e Radio ROM).

The CSC ( singkatan kepada Customer Specific Customization). Ini termasuk sambungan data untuk rangkaian jalur lebar serta aplikasi yang hanya terdapat dalam bahasa tertentu / dimasukkan untuk tempat tertentu.

Oleh sebab kesemua ini tidak memerlukan update secara serentak, versi CSC dan MODEM selalunya lebih rendah.


Bolehkah saya mencampurkan PDA/MODEM/CSC fail daripada Firmware berlainan tanpa merosakkan telefon saya?

Ya boleh, kebanyakan fail Modem/CSC boleh digunakan untuk apa-apa PDA. Tetapi, mungkin ada masalah keserasian yang akan menyebabkan anda perlu reflash semula telefon tersebut.


Telefon saya tertulis versi perisian I9000XXJF3/XXJF5/xxxxx. Apakah makna ini?

Dua huruf pertama mewakili negara manakala huruf ketiga merujuk kepada tahun. Huruf ke-empat pula menunjukkan bulan dan huruf/angka terakhir merujuk kepada versi firmware itu sendiri (daripada bulan yang spesifik. Nombor dimulakan dengan 1-9 dan menggunakan huruf A-Z).

I9000DXJF3

DX = Malaysia

J = 2010

F= Julai

5 = Versi

Contoh apabila anda mendail *#1234#

Saya ingin install firmware yang baru tetapi saya ingin backup original firmware untuk kembali semula jika perlu atas sebab-sebab warranty. Bolehkah saya lakukan dan bagaimana?

Sehingga kini, tidak ada cara untuk membuat backup sepenuhnya. Walau bagaimanapun, terdapat firmwares keluar bagi setiap region dan hampir semua region telah menerima menaik taraf 2.2 atau 2.2.1 yang boleh masukkan melalui Kies atau Odin.


Boleh saya flash European ROM kedalam Asian device atau sebaliknya?

Flashing sepatutnya akan berjaya tanpa sebarang masalah. Tiada isu-isu keserasian diketahui pada masa ini. Jika ada masalah timbul, flash kembali ke firmware Asia.
Semak ROM semasa anda dengan mendail * # 1234 # untuk memastikan anda tidak mempunyai varian telefon Korea (yang mana TIDAK serasi!)


Apakah fail. Pit? Mengapa ada pelbagai versi?

Kini terdapat tiga versi yang berbeza fail. Pit. 513.pit, 512.pit dan 803.pit. 513.pit hanya berfungsi untuk firmware awal dan tidak boleh digunakan lagi. Fail 512.pit digunakan untuk semua Android 2.1 Eclair firmware dan Android 2.2 Froyo firmware sehingga dan termasuk firmware yang I9000XXJP3. Terdapat beberapa versi beta Froyo yang memerlukan fail 803.pit untuk berfungsi dengan sempurna, bagaimanapun, 2.2 dan 2.2.1 firmware yang rasmi menggunakan fail 512.pit.

Fail .Pit memetakan partition pada penyimpanan NAND. Kod itu telah dicrack oleh Dev Cyanogen yang bekerja untuk SGS dan ia ketara akan mempercepatkan kerja-kerja pada fully featured Gingerbread ports.


Saya flash firmware baru menggunakan Odin (atau Kies) dan sekarang telefon saya bertindak aneh (Force close etc)? Setting saya juga masih ada.

Sesetengah firmware boleh diflash menggunakan Odin dan sesetengah menggunakan Kies, ia tidak menyentuh setting anda dan tidak mengosongkan cache anda dan bahagian AppData. Sebagai keputusan, ada data ada dari firmware sebelumnya yang boleh membawa kepada komplikasi. Lebih-lebih lagi, jika firmware sebelumnya anda adalah berdasarkan versi android yang berlainan (iaitu flash dari XWJM6 (android 2.1) untuk XXJPC (android 2.2)). Untuk menyelesaikan ini, anda perlu melakukan semula factory reset.

Sekian Terima Kasih. Post setereusnya akan menerangkan mengenai Custom ROM

No comments: